Kita sedia maklum yang mas cotek tumbuhan herba yang boleh membantu perbagai jeni penyakit. [ Klik sini ] untuk melihat khasiat mas cotek.
Walau bagaimana pun. kebanyakan khasiat itu kita perolehi setelah daun atau dahan itu dipisahkan dari pokoknya, dikeringkan sehingga betul2 kering dan diminum airnya. Tapi, bagaimana dengan pokok itu sendiri?
Sebenarnya, kami sudah lama menjadikan pokok mas cotek sebagai perhiasan taman. Rasanya lebih menguntungkan bila kita menanam herba ini menggantikan pakok2 bunga lain. Walaupun ia tidak mengeluarkan bunganya sendiri, buah yang dihasilkan oleh pokok ini tetap menawan. Ini kerana, buah muda akan berwarna putih/hijau dan buah yang tua akan berwarna kemerahan seperti buah-buah lain yang merah apa bila masak.
Daun-daunnya pula mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Dengan pokok itu sendiri mempunyai jenis jantan dan betina, ia menghasilkan kepelbagaian dalam taman anda
Susun didalam tayar atau masukkan sahaja didalam pasu atau polibeg, ia tetap akan menceriakan taman anda.
So, terpulang pada anda untuk merancang dan memperbagaikan bentuk hiasan taman anda. Tapi yang penting, daun yang merimbun boleh menghasilkan pendapatan kepada anda atau anda boleh gunakan sendiri untuk kesihatan kita
Tepuk dada, tanya selera
Untuk keterangan lanjut, hubungi kami di hidayahmisran@yahoo.com
Wednesday, June 25, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)